Posts

Showing posts from February, 2017

PROGRAM MENAIKKAN TIANG SPEAKER DAN PEMASANGAN SPEAKER DI SURAU AL-MAKMUR TAMAN MAKMUR

Image
Tahniah diucapkan kepada semua pertubuhan di Taman Makmur, kerana sepakat dalam usaha merialisasikan keperluan Surau Al-Makmur. Berkat kesabaran dan usaha sama yang berterusan telah membuahkan hasil dan kejayaan pada 11hb. Februari 2017 bagi mendirikan tiang pembesar suara berserta pembesar suara. Tahniah kepada semua penduduk Taman Makmur, hanya DIA yang mampu membalas segala jasa bakti anda.  Proses mendirikan separuh tiang pembesar suara.  Saudara Sudarmanto mengetuai dalam proses mendirikan tiang pembesar suara.  Saudara Ramlee (Leng) yang mempunyai kemahiran serta pengalaman telah mencurahkan khidmat bakti beliau membimbing jiran muda supaya lebih kreatif dalam lanskap dan lain-lain.

PROGRAM YASIN DAN TAHLIL MINGGUAN (2HB. FEB. 2017)

Image
Program Yasin dan Tahlil mingguan Surau Al-Makmur yang berlangsung pada 2hb Februari 2017 (Khamis) selepas solat Maghrib, mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk Taman Makmur. Penduduk menikmati juadah selepas membaca Yasin dan Tahlil yang di bawa oleh penduduk-penduduk Taman Makmur. Ribuan terima kasih diucapkan kepada penduduk yang hadir semoga mendapat keberkatan untuk keseluruhan penduduk Taman Makmur Kulai. Mudah-mudahan program ini dapat dijalankan secara berterusan... In Shaa Allah