Posts

Showing posts from February, 2018

PROGRAM JIRAN WANITA (PROSES ROTI) 09 FEBRUARI 2018

Image
Assalamualaikum, Salam Muafakat Johor, dan Salam Negaraku. Tahniah kami ucapkan kepada Jiran Wanita Taman Makmur yang telah menjayakan program membuat roti yang dikendalikan oleh Dr. Zalina yang merupakan tenaga pengajar yang cukup pengalaman walaupun bidang ini bukan bidang keutamaan beliau.  Sumbangan beliau ini amat tinggi nilainya kepada Jiran Wanita Taman Makmur dalam membentuk hubungan kemesraan kejiranan dalam Taman Makmur Kulai. Kami doakan semoga program ini akan berterusan dan akan mendapat sambutan dengan lebih ramai yang akan menyertai program ini. Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada semua Jiran Wanita Taman Makmur.

PROGRAM TAZKIRAH SURAU AL MAKMUR 11 FEBRUARI 2018

Image
Assalamualaikum Wbth Syukur kehadrat Ilahi kerana kita sekali lagi diberi kesempatan bersama-sama jemaah bagi mengikuti tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Khairudin iaitu ustaz yang kita jempaut khas dari Pejabat Kadi Daerah Kulai. Program ini saban minggu mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua lapisan masyarakat di dalam Taman Makmur. Kami AJK KRT dan AJK Surau amat terharu dengan penerimaan jemaah di atas apa yang diusahakan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Al Ustaz Khairudin yang sentiasa meluangkan masanya untuk kami walaupun dalam sebukan beliau menjalankan tugas rutin beliau di pejabat. Sekian terima kasih. Aznizam Pengerusi KRT Taman Makmur