Posts

Showing posts from November, 2016

MEDIASI

Image
Tujuan Mediasi Menghasilkan suatu persetujuan yang dapat diterima dan dijalankan oleh para pihak yang bertelagah; mempersiapkan para pihak yang bertelagah untuk menerima keputusan dari hasil mediasi yang mereka persetujui; mengurangi ketegangan dan konflik antara para pihak yang bertelagah melalui sesi luahan. Prinsip Mediator Seorang mediator harus mempunyai wawasan dan kesetiaan pada prinsip-prinsip keadilan yang luas,kesamaan dan kesukarelaan untuk ditanamkan dalam pertukaran negosiasi di antara para pihak. Tugas Mediator Membantu pihak terlibat melihat pertikaian mereka secara membina supaya keputusan yang adil dan boleh diterima oleh kedua-dua pihak tercapai. Mediator mendengar, memberi peluang pihak terlibat meluahkan perasaan, melakukan eksplorasi isu, membina kepercayaan di antara pihak terlibat dan beri galakan di mana perlu. Aspek kerahsiaan diberi perhatian utama –without prejudice. Mediator tidak mempunyai hak membuat keputusan-keputusan selama

Sejarah Penubuhan KRT Taman Makmur

Kawasan Rukun Tetangga (KRT)  Taman Makmur ditubuhkan atas inisiatif beberapa penduduk yang di ketuai oleh Sdr. Johari Bin Seman yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Tok Joe selaku ketua kampung, Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian. Kesedaran ini wujud di atas beberapa faktor terutamanya berlaku masalah sosial di kalangan remaja dan juga berlaku kejadian jenayah . Timbul kesedaran disitu, apakah cara dan kaedah bagi menangani perkara yang tersebut berlaku secara berleluasa. Perbincangan dan perancangan strateji telah dilakukan bermula tahun 2002 dan akhirnya timbul cadangan menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) . Beberapa orang penduduk telah bersepakat dan perlantikan j/kuasa penaja KRT telah dibuat. Atas bimbingan dan sokongan daripada Penolong Pegawai Perpaduan En. Khamis Bin Apandi, permohonan secara rasmi telah dihantar ke Pejabat Perpaduan Negeri Johor . Beberapa siri penerangan telah diadakan kepada penduduk   dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru da

KATA KATA ALUAN PENGERUSI

Image
Salam Perpaduan dan  Salam Permuafakatan, Semoga tuan-tuan dan puan-puan diberkati  Allah  selalu.  Pertama sekali ingin  saya panjat kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita mengadakan laman blog ini. Tujuan laman blog ini adalah untuk mendedahkan  aktiviti/program-program  yang akan dan telah diadakan di Taman Makmur Kulai untuk tatapan semua penduduk Taman Makmur Kulai khasnya dan kepada semua pelawat web KRT ini . Disamping itu laman ini berfungsi sebagai perantara AJK KRT  dengan  ahli-ahli  KRT Taman Makmur Kulai. Terutamanya tentang: a.  Pemberitahuan aktiviti-aktiviti yang akan, sedang dan telah di laksanakan b.  Dengan adanya laman ini penduduk boleh memberi sebarang komen,  cadangan dan      bantahan yang hendak disalurkan kepada pihak KRT  supaya  setiap komen,cadangan      dan bantahan tersebut dapat direkodkan dan seterusnya di ambil tindakan. c.  Boleh mengenali dengan lebih rapat lagi AJK KRT serta dapat bert