Sejarah Penubuhan KRT Taman Makmur

Kawasan Rukun Tetangga (KRT)  Taman Makmur ditubuhkan atas inisiatif beberapa penduduk yang di ketuai oleh Sdr. Johari Bin Seman yang sekarang ini lebih dikenali sebagai Tok Joe selaku ketua kampung, Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian. Kesedaran ini wujud di atas beberapa faktor terutamanya berlaku masalah sosial di kalangan remaja dan juga berlaku kejadian jenayah . Timbul kesedaran disitu, apakah cara dan kaedah bagi menangani perkara yang tersebut berlaku secara berleluasa.

Perbincangan dan perancangan strateji telah dilakukan bermula tahun 2002 dan akhirnya timbul cadangan menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) . Beberapa orang penduduk telah bersepakat dan perlantikan j/kuasa penaja KRT telah dibuat. Atas bimbingan dan sokongan daripada Penolong Pegawai Perpaduan En. Khamis Bin Apandi, permohonan secara rasmi telah dihantar ke Pejabat Perpaduan Negeri Johor .

Beberapa siri penerangan telah diadakan kepada penduduk  dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru dan Pegawai Polis Kulai telah memberi banyak kesedaran kepada penduduk betapa pentingnya KRT ditubuhkan.


Akhirnya pada 26 Mac 2003, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Makmur telah ditubuhkan secara rasmi  disusuli dengan penubuhan Skim Rondaan Sukarela SRS).


Comments

Popular posts from this blog

ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA JIRAN

SIKAP KETERBUKAAN DAN KEADILAN

PERBEZAAN ID, EGO DAN SUPEREGO