PERBEZAAN ID, EGO DAN SUPEREGO

Personaliti manusia dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain. Banyak teori telah cuba menerangkan tentang personaliti individu manusia. Antaranya ialah Sigmund Freud dengan teori psikoanalitik.

Mengikut Freud, minda manusia ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen yang signifikan id, ego dan superego yang bekerjasama dalam membentuk personaliti seseorang individu itu.

ID 
merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk keinginan manusia (serupa dengan nafsu), dan didorong oleh tenaga libido untuk memotivasikan tingkah lakunya.  Id juga dikatakan komponen biologi yang mementingkan keseronokan dan wujud sejak lahir. Selain itu, id dianggap sebagai satu elemen struktur semulajadi, satu elemen yang diwarisi dan sedia ada di dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah sedar dan ia merupakan satu tenaga yang primitive. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan.

EGO
Manakala ego pula mula wujud sejak bayi berusia 6 bulan, merupakan bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun, serta berfungsi mengawal id supaya keinginannya tidak melanggar nilai dan norma masyarakat. Ego dikatakan komponen psikologikal yang mengutamakan realiti dalam kehidupan. Ego berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan.

SUPEREGO
Superego pula merupakan struktur ketiga di dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis.Superego lebih menyerupai hati nurani atau conscience seseorang individu. Superego juga dikatakan bahagian personaliti yang bermoral dan berkembang secara beransur-ansur oleh pengaruh persekitaran seperti didikan moral dan agama. Ia merupakan cabang moral dan mewakili perkara yang individu percaya tidak patut dilakukan. Mengikut Freud juga, superego berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral kepada ego untuk bertindak mengawal id.

Amat berguna kepada RT dalam mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat berbilang kaum dalam Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA JIRAN

SIKAP KETERBUKAAN DAN KEADILAN