Posts

Showing posts from March, 2017

PROGRAM GOTONG-ROYONG TABIKA KEMAS TAMAN MAKMUR

Image
Program : Gotong Royong Tabika Kemas Taman Makmur Tarikh    : 18hb Mac 2017 Salam Perpaduan dan Salam Permuafakatan, Tahniah diucapkan kepada penduduk Taman Makmur, ibubapa pelajar tadika serta ahli jawatankuasa KRT Taman Makmur yang hadir bagi menjayakan program gotong-royong ini. Sebagai penggerak Rukun Tetangga Taman Makmur, kami berharap program seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan antara jiran.

ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA JIRAN

KEMAKMURAN sesebuah negara amat bergantung kepada sejauh mana kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakatnya. Hubungan yang erat antara sesama anggota masyarakat merupakan antara ciri-ciri masyarakat yang berkualiti, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka, bahkan menjadi aset paling penting kepada negara. Menyedari hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan yang erat di kalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja, malahan melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya. Mengapa kita perlu berjiran? Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana, ia memainkan peranan yang amat penting dalam menjan

MESYUARAT AGUNG TABIKA KEMAS TAMAN MAKMUR

Image
Mesyuarat Agung Tabika Kemas Taman Makmur telah berlangsung pada 5hb. Mac. 2017 (Ahad), yang dirasmikan oleh; Puan Norazizah Bt. Isa iaitu Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan Dun Bukit Permai merangkap Penyelia Kanan Kemas Parlimen Kulai. Turut hadir juga ialah Tok Johari Bin Seman iaitu Ketua Kampung, Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian yang juga merupakan teraju utama dalam kemajuan Taman Makmur yang menjadikan Taman Makmur Kulai dikenali di daerah Kulai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau. Tahniah diucapkan kepada Encik Daud bin Husin yang tetap menjadi kepercayaan penduduk Taman Makmur, dan sekali lagi beliau dilantik menjadi pengerusi Tabika Kemas bagi penggal 2017~2018 dalam merialisasi perancangan ke arah kecemerlangan Tabika Kemas Taman Makmur. Kepada AJK KRT Taman Makmur, Kehadiran anda dalam membantu Tabika Kemas Taman Makmur amat dihargai, kerana inilah matlamat RT dalam mewujudkan perpaduan dalam kejiranan yang menyatukan semua kaum dan fahaman dala

PROGRAM GOTONG ROYONG GANYANG AEDES TAMAN MEWAH

Image
Program Gotong Royong Ganyang Aedes Tarikh                    : 26-Feb-2017 (Ahad) Masa                      : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Tempat                   : Jalan Selendang 3, 5 dan 19, Taman Mewah. Anjuran Bersama  : 1. JKKK Kampung Melayu Sengkang                                 2. JPP Zon 14 (MPKu)                                 3. Pejabat Kesihatan Daerah Kulai.                                 4. KRT Taman Makmur, KRT Taman Saga, KRT Taman Mas, KRT Taman Desa. Perasmi                 : YB. Hj. Ali Mazat Bin Hj. Salleh                                 (Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai) Jutaan terima kasih kepada YB. Hj. Ali Mazat Bin Salleh sebagai perasmi dan semua peserta yang menjayakan program ini demi kesejahteraan penduduk. Segala usaha dan kerahan keringat tuan / puan tiada terbalas oleh kami.