MESYUARAT AGUNG TABIKA KEMAS TAMAN MAKMUR

Mesyuarat Agung Tabika Kemas Taman Makmur telah berlangsung pada 5hb. Mac. 2017 (Ahad), yang dirasmikan oleh;

Puan Norazizah Bt. Isa iaitu Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan Dun Bukit Permai merangkap Penyelia Kanan Kemas Parlimen Kulai.

Turut hadir juga ialah Tok Johari Bin Seman iaitu Ketua Kampung, Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian yang juga merupakan teraju utama dalam kemajuan Taman Makmur yang menjadikan Taman Makmur Kulai dikenali di daerah Kulai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau.

Tahniah diucapkan kepada Encik Daud bin Husin yang tetap menjadi kepercayaan penduduk Taman Makmur, dan sekali lagi beliau dilantik menjadi pengerusi Tabika Kemas bagi penggal 2017~2018 dalam merialisasi perancangan ke arah kecemerlangan Tabika Kemas Taman Makmur.

Kepada AJK KRT Taman Makmur, Kehadiran anda dalam membantu Tabika Kemas Taman Makmur amat dihargai, kerana inilah matlamat RT dalam mewujudkan perpaduan dalam kejiranan yang menyatukan semua kaum dan fahaman dalam Taman Makmur Kulai.

Tahniah untuk semua..






















Comments

Popular posts from this blog

ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA JIRAN

SIKAP KETERBUKAAN DAN KEADILAN

PERBEZAAN ID, EGO DAN SUPEREGO