Posts

Showing posts from July, 2018

PROGRAM JALINAN PERPADUAN KE ARAH KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN KRT TAMAN MAKMUR 2018

Image
Terima kasih tuan pengacara majlis Yang Berhormat Tuan Haji Tosrin Bin Jarvanti , Wakil Rakyat DUN Bukit Permai Yang berbahagia Puan Safidah Binti Abu Samah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor. Yang Di Hormati Encik Samsudin Bin Jamat Pengerusi Surau Al Makmur Taman Makmur Yang Di Hormati Encik Johari Bin Seman, Mantan Ketua Kampung, Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian Yang dihormati Tuan-tuan Pengerusi KRT Taman Saga, Taman Desa dan Mas, dan Yang diraikan masyarakat Taman Makmur keseluruhannya Assalamualaikum...... Salam sejahtera Salam perpaduan Alhamdulillah , kita panjatkan puji dan syukur kepada Allah S.W.T , kerana menemukan kita semua di Program Jalinan Perpaduan kearah kemakmuran dan Kesejahteraan pada malam ini atas matlamat yang sama iaitu mewujudkan masyarakat yang aman, makmur dan sejahtera. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua penduduk dengan sambutan diluar jangkaan, dengan kerjasama penduduk bersam