PROGRAM JALINAN PERPADUAN KE ARAH KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN KRT TAMAN MAKMUR 2018
Terima kasih tuan pengacara majlis
Yang Berhormat Tuan Haji Tosrin Bin
Jarvanti , Wakil Rakyat DUN Bukit Permai
Yang berbahagia Puan Safidah Binti
Abu Samah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri
Johor.
Yang Di Hormati Encik Samsudin Bin
Jamat Pengerusi Surau Al Makmur Taman Makmur
Yang Di Hormati Encik Johari Bin
Seman, Mantan Ketua Kampung, Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian
Yang dihormati Tuan-tuan Pengerusi
KRT Taman Saga, Taman Desa dan Mas, dan
Yang diraikan
masyarakat Taman Makmur keseluruhannya
Assalamualaikum......
Salam
sejahtera
Salam
perpaduan
Alhamdulillah
, kita panjatkan puji dan syukur kepada Allah S.W.T , kerana menemukan kita
semua di Program Jalinan Perpaduan kearah kemakmuran dan Kesejahteraan pada
malam ini atas matlamat yang sama iaitu mewujudkan masyarakat yang aman, makmur
dan sejahtera.
Setinggi-tinggi
tahniah kepada semua penduduk dengan sambutan diluar jangkaan, dengan kerjasama
penduduk bersama AJK-AJK KRT dalam membuat persedian untuk program ini dengan
pelbagai sumbangan dari segi harta benda, tenaga dan masa penduduk semua.
Sekali lagi tahniah warga Taman Makmur.
Untuk makluman
Tuan Haji dan Puan Pengarah,
KRT Taman
Makmur ini telah ditubuhkan pada tahun 2003, dan pengerusi pada ketika itu
ialah En. Johari Bin Seman yang lebih
mesra dengan panggilan Tok Jo telah lebih 10 tahun beliau mempengerusikan KRT
ini dan banyak perubahan yang telah beliau lakukan dan kesannya dapat kita
lihat dan rasai pada hari ini. Selepas itu tanggungjawab ini digalas pula oleh
Encik Shaharudin Bin Bahari bagi meneruskan misi dan visi yang diamanahkan oleh
Jabatan Perpaduan. Terima kasih Tok Jo,
Terima kasih Encik Shaharudin.
KRT adalah
satu-satunya platform perpaduan sebagai penyatuan untuk semua bangsa di dalam masyarakat,
tidak kira apapun fahaman dan pegangan dalam diri rakan-rakan semua. Misi dan
Visi Rukun Tetangga tidak pernah berubah sejak dari penubuhan sehinggalah ke hari
ini.
Dengan
maksud tujuan yang saya sebutkan tadi, marilah semua rakan-rakan penduduk Taman
Makmur sama-sama berganding bahu untuk membantu bagi memastikan kemakmuran dan
kesejahteraan dapat kita kekalkan dalam Taman Makmur ini.
Walaubagaimanapun,
Untuk makluman dan pengetahuan saudara dan saudari semua, di pertengahan tahun
lepas sehinggalah berakhirnya puasa pada tahun ini, beberapa kes pecah rumah telah
berlaku.
Pondok SRS
juga menjadi sasaran pada penghujung tahun lepas,
Dimana, pondok
SRS dibakar dan memusnahkan sebahagian peralatan, kemudahan dan ruang dalaman
pondok SRS, Inilah antara cabaran-cabaran yang boleh menggugat kesabaran kita
ahli-ahli SRS.
Walaubagaimanpun
saya mengucapkan SYABAS kepada rakan-rakan SRS kerana mempunyai kesabaran
tinggi dan tenang dalam menghadapi dugaan ini, di mana aktiviti SRS ini tetap
diteruskan. Tahniah kepada SRS Taman Makmur.
Saya
bersama-sama rakan-rakan AJK KRT mengajak dan mengalu-alukan semua penduduk
Taman Makmur menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS), dengan penyertaan yang
ramai, kita boleh mengadakan rondaan ini secara berjadual dan lebih sistematik
mengikut kelapangan rakan penduduk semua.
Bagi tujuan
baik pulih pondok SRS Taman Makmur ini pula, Kami KRT Taman Makmur ingin
memohon peruntukan dari Tuan Haji supaya kami dapat menyegerakan kerja-kerja
baik pulih serta menggantikan semua peralatan-peralatan dan kemudahan yang
musnah serta bahagian bumbung juga ada yang rosak kerana kesan dilanda ribut.
Tuan Haji Tosrin dan Puan Pengarah , Tuan-tuan
dan puan-puan serta masyarakat taman yang diraikan.
Selaku
pengerusi kawasan rukun tetangga Taman Makmur , saya mengambil kesempatan
mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan, dorongan dan komitmen yang
diberikan oleh semua penduduk Taman Makmur dalam melaksanakan program pada
malam ini dengan jayanya.
Bak kata
pepatah bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat, dan
muafakat itu membawa berkat.
marilah kita
sama-sama meneruskan misi dan visi perpaduan demi kesejahteraan. Carilah titik
persamaan diantara kita agar hubungan kejiranan kita terus berkekalan.
Kita mampu
melaksanakannya dengan mengenepikan wadah politik dan isu perkauman yang sering
menjadi benteng penghalang kejayaan yang di citakan .
Akhir ucapan saya yang hanya insan biasa cuma amat mengharapkan kerjasama dan sokongan dari
semua pihak untuk saya melaksanakan tugas dan tanggingjawab yang diamanahkan
oleh jabatan perpaduan dan integrasi nasional kepada saya, tanpa sikap
toleransi dan kerjasama dari semua pihak kita tidak akan sampai kemana-mana,
Ampun dan
maaf atas ungkapan dan kiasan andai menyentuh hati dan perasaan, semoga kita
mampu mengambil sikap poisitif dan rasional dalam semua hal dan keadaan. Sekali
lagi terima kasih kepada semua.
Sekian
Wasssalam.........
Ucapan Pengerusi KRT Taman Makmur
Ucapan dan amanat Pengarah Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor
Ucapan dan Perasmian oleh YB Haji Tosrin Bin Jarvanthi
Seisi Bergambar
Comments
Post a Comment