SIKAP KETERBUKAAN DAN KEADILAN

Keterbukaan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara serta adanya jaminan keadilan dalam kehidupan merupakan awal dari suatu pemerintahan yang benar dan baik. Wujud dari keterbukaan dapat dilihat dalam kehidupan demokrasi yang dikembangkan dengan tujuan menampung aspirasi yang timbul, tumbuh, dan berkembang dalam masyarakat.

1. Mengapresiasikan Sikap Terbuka dalam Kehidupan Berbangsa dan Bernegara
Sikap terbuka penting untuk dilaksanakan dalam iklim demokrasi sekarang ini. Sikap terbuka ini akan mendukung proses demokratisasi di Malaysia, Dalam kehidupan berbangsa dan bernegara, sikap terbuka harus dilaksanakan oleh setiap warga negara, termasuklah pemerintah. Hal ini penting agar keterbukaan tidak hanya terjadi di lingkungan masyarakat, tetapi lebih jauh lagi keterbukaan harus juga berjalan dalam penyelenggaraan pemerintahan. Setiap penyelenggaraan pemerintahan harus dilakukan secara terbuka dan dapat dipantau oleh warga negara. Dengan dilakukannya hal ini maka kemungkinan terjadinya penyimpangan-penyimpangan dalam penyelenggaraan negara dapat diperkecil. Ciri-ciri keterbukaan dapat ditunjukkan oleh diri peribadi, masyarakat, dan negara seperti berikut.

a. Ciri-Ciri Peribadi yang Terbuka
Seorang berkeperibadian terbuka akan terlihat dari pola fikir, sikap dan perilakunya dalam perhubungan dengan orang lain. Peribadi yang bersifat terbuka mempunyai ciri-ciri sebagai berikut.
1) Tidak merasa eksklusif dalam pergaulan.
2) Bersedia bergaul dengan siapa saja.
3) Tidak membeza-bezakan dalam segala hal.
4) Bersikap tolak-ansur dan menerima adanya perbezaan.
5) Bersedia menerima saranan, kritik, atau input yang bersifat membangun.
6) Tidak mudah tersinggung.
7) Tidak bersikap fanatik yang berlebihan.

b. Ciri-Ciri Masyarakat yang Terbuka
Masyarakat adalah bentuk perkumpulan atas dasar sukarela dan terjadi keterikatan batiniah antara anggota. Adapun ciri-ciri masyarakat yang terbuka sebagai berikut;
i)     Secara fizik tidak mengisolasi diri dari dunia luar.
ii)    Mempunyai pola fikir berlapang dada untuk menerima perbezaan dan pembaharuan yang dibawa oleh masyarakat lain.
iii)   Dalam masyarakat tumbuh sikap egalitarian, yaitu masyarakat yang mengakui adanya kesetaraan dalam masyarakat baik menyangkut hak dan kewajipan tanpa memandang suku, agama, dan bangsa, serta tidak muncul rasa curiga terhadap masyarakat lain yang masuk dalam masyarakatnya.

c.    Ciri-Ciri Negara yang Terbuka
Ciri-ciri negara terbuka itu dapat dilihat dari kebijakan dalam negeranya dan kebijakan luar negeranya. Ciri-ciri negara terbuka dapat dilihat dari berbagai aspek kehidupan seperti berikut;
i)     Ekonomi; negara yang terbuka ditandai dengan adanya bentuk kehidupan ekonomi yang bertumpu pada demokrasi ekonomi. Negara juga menjamin berlangsungnya persaingan secara sihat.
ii)    Politik; negara yang terbuka secara politik ditandai dengan adanya kebijakan penyelenggaraan negara dalam melaksanakan fungsinya tidak bersifat otoritarian, dan diktator, tetapi menjunjung tinggi PERLEMBAGAAN dan nilai-nilai demokrasi serta kepatuhan undang-undang.
iii)   Ideologi; negara yang terbuka secara ideologi ditandai dengan penggunaan ideologi yang bersumber dari nilai-nilai dasar yang dijunjung tinggi oleh rakyatnya dan bukan merupakan ketetapan atau doktrin dari pemerintah.
iv)   Sosial budaya; negara yang terbuka secara sosial budaya dipandang negara yang memberikan kemudahan kemerdekaan bagi warga negaranya untuk mengekspresikan diri sesuai dengan kehendaknya, tetapi tidak menyimpang dari asas atau prinsip yang telah dipersetujui bersama.

Negara yang terbuka juga bersedia membuka diri terhadap kedatangan warga asing untuk tinggal di negara tersebut baik untuk sementara maupun untuk menetap sesuai dengan ketentuan undang-undang yang berlaku. Selain itu, negara yang terbuka juga membuka diri untuk menerima maklumat dan berbagai macam nilai-nilai asing yang tentunya sesuai dengan keperibadian bangsa itu sendiri. Sikap terbuka ini dapat ditunjukkan dengan sokongan kerajaan terhadap kebebasan akhbar. Dengan adanya kebebasan akbar, diharapkan akses maklumat warga negara terhadap penyelenggaraan pemerintahan selalu terbuka. Akhbar sendiri diharapkan dapat memberikan maklumat yang sebenar dan tepat kepada warga negara. Selain itu, sikap neutral harus terus dipertahankan oleh akhbar.

2. Sikap Keadilan dalam Kehidupan Berbangsa dan Bernegara
Untuk meningkatkan perilaku positif dalam sikap keterbukaan dan jaminan keadilan perlu dikembangkan perilaku-perilaku sebagai berikut.
a.    Suka bekerja keras.
b.    Perbuatan luhur yang mencerminkan sikap dan suasana kekeluargaan dan kegotong-royongan.
c.    Sikap adil terhadap sesama.
d.    Sikap suka memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan bantuan.
e.    Menghargai hasil karya orang lain yang bermanfaat untuk mencapai kemajuan dan kesejahteraan bersama.

Keupayaan yang dilakukan pentadbiran negara untuk meningkatkan jaminan keadilan sebagai berikut.
a.    Menegakkan undang-undang dan keadilan tanpa diskriminasi.
b.    Mewujudkan institusi dan undang-undang yang bersih dan profesional.
c.    Mewujudkan dan menegakkan hak asasi manusia.
d.    Mewujudkan keadilan jantina.
e.    Menyediakan peluang yang lebih besar kepada kelompok ekonomi kecil, penduduk miskin, dan penduduk yang tertinggal.

3. Peranan Masyarakat dalam Meningkatkan Keterbukaan dan Jaminan Keadilan
Penyertaan warga negara dalam usaha meningkatkan jaminan keadilan dapat dilakukan dengan melakukan cara-cara sebagai berikut.
a.    Mentaati setiap peraturan yang berlaku di Malaysia.
b.    Menghormati setiap keputusan undang-undang yang dibuat oleh lembaga perundangan.
c.    Memberikan pengawasan terhadap perjalanan proses-proses undang-undang yang sedang berlangsung.
d.    Memberi sokongan terhadap kerajaan dalam usaha meningkatkan jaminan keadilan.
e.    Memahami dan menghormati hak dan kewajipan setiap warga negara. 

Comments

Popular posts from this blog

ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA JIRAN

PERBEZAAN ID, EGO DAN SUPEREGO