MAJLIS YASIN DAN TAHLIL 18hb MEI 2017

Assalamualaikum wbth.
Salam Perpaduan dan Salam Muafakat

Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada penduduk Taman Makmur yang sentiasa memberi sokongan yang berterusan kepada program Yasin dan Tahlil ini.

Sambutan yang makin bertambah terutama dikalangan Jiran Muda dan Tunas Jiran yang akan mewarisinya dimasa akan datang.



Perdampingan sebegini amat penting dalam mengenali masyarakat taman dan secara tidak langsung memberi ruang kepada masyarakat meluahkan apa-apa perkara yang mungkin akan menjadi isu ataupun sudah menjadi isu secara senyap. 

Kekuatan seseorang pemimpin masyarakat terletak pada penerimaan masyarakat di dalam sesuatu tempat yang di pimpin. 

Setiap luahan harus diterima dengan hati yang terbuka, kerana setiap orang mempunyai hak-haknya yang perlu dihormati dan tugas pemimpin ialah dapatkan kesepakatan dalam menjaga keharmonian kawasan yang kita pimpin.

Wallahuaklam....

Comments

Popular posts from this blog

ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA JIRAN

SIKAP KETERBUKAAN DAN KEADILAN

PERBEZAAN ID, EGO DAN SUPEREGO