MESYUARAT KRT TAMAN MAKMUR 16-MEI-2017

Assalamualaikum,
Salam Perpaduan dan Salam Muafakat.

Bersyukur kehadrat Ilahi, pada hari ini dengan kekuatan, semangat dan sokongan AJK KRT dapat kita adakan mesyuarat KRT bagi membincangkan program Taman Makmur yang akan kita laksanakan dalam bulan Ramadan yang akan datang tidak berapa hari lagi.

Kami amat berterima kasih kepada Tok Johari selaku ketua kampung Kampung Melayu Sengkang yang hadir untuk memberi sokongan penuh kepada KRT.

Sebagai mukadimah, saya menyampaikan amanat daripada Ketua Pengarah JPNIN semasa di AGM Mediator Komuniti di Putrajaya. Beliau mohon kepada semua KRT menjalankan peranan sebagai ejen penyatuan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Sebarang sebaran perkara-perkara yang berbau perkauman, keagamaan atau pun apa sahaja perkara di media sosial yang boleh mengganggu gugat sensitiviti dalam masyarakat mesti dielakkan.

Jika perkara-perkara sebegini berlaku, AJK KRT harus memainkan peranan dan bijak dalam menyekat info dari terus tersebar melalui pendekatan yang berhemah.



1. Di atas permintaan semua AJK KRT, Encik Rahim Ismail bersetuju untuk memasak bubur lambuk pada minggu ke dua untuk penduduk Taman Makmur.

2. Tadarrus dalam bulan Ramadan akan diadakan oleh jiran wanita seperti tahun-tahun sebelumnya, dan Encik Mohd Dun telah menyatakan kesudiannya untuk memberi sedikit sumbangan dan AJK KRT mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau di atas sumbangan tersebut.

3. Program berbuka puasa tidak dapat dibincangkan secara terperinci kerana ia melibatkan AJK Surau yang mana Pengerusinya tidak dapat hadirkan diri. 



 4. Di dalam perkara lain-lain hal, Tok Johari telah membangkitkan penyata kewangan terkini yang tidak diterima. Beliau ingin tahu samada telah dibuat pertukaran alamat atau masih kekal - Pengerusi memaklumkan tiada pertukaran alamat dan penama tandatangan akaun pengeluaran masih kekal.

     Beliau juga membangkitkan, adakah Pegawai Perpaduan dimaklumkan dan dijemput dalam mesyuarat ini - Pengerusi memberi penjelasan bahawa surat telah diserahkan ke pejabat Perpaduan dan sudah pun dihubungi melalui telefon. Pegawai perpaduan memaklumkan, semua pegawai menghadiri majlis hari guru dan meminta pengerusi meneruskan mesyuarat tanpa kehadiran mereka. Pengerusi KRT memohon maaf kerana tidak memaklumkannya semasa ucapan alu-aluan pengerusi KRT.

5. Encik Edinor Bin Marzuki selaku bendahari KRT telah membentangkan penyata terkini yang berbaki RM2181.00.

Penutup:

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK KRT kerana dapat meluangkan masa untuk bermesyuarat walaupun sibuk dengan tugas harian.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.15 malam.









Kekuatan ciptaan Allah untuk spesis burung terletak pada sayapnya yang boleh kite jadikan ukuran dalam diri kita.

Setiap spesis burung ini tidak sama kebergantungan sayap dalam kehidupannya.

Ada burung yang boleh gunakan sayap sepenuhnya untuk terbang dan ada yang tidak boleh digunakan untuk terbang.

MAKA yang boleh dijadikan iktibar untuk diri kita, JADILAH burung yang boleh terbang walaupun rendah dan jangan jadi seperti ayam jantan yang bersuara lantang, sentiasa mendabik dada... tetapi pada hakikatnya tidak boleh terbang.

Comments

Popular posts from this blog

ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA JIRAN

SIKAP KETERBUKAAN DAN KEADILAN

PERBEZAAN ID, EGO DAN SUPEREGO