Posts

Showing posts from January, 2017

SIKAP KETERBUKAAN DAN KEADILAN

Keterbukaan  dalam kehidupan berbangsa dan bernegara serta adanya   jaminan keadilan   dalam kehidupan merupakan awal dari suatu pemerintahan yang benar dan baik. Wujud dari keterbukaan dapat dilihat dalam kehidupan demokrasi yang dikembangkan dengan tujuan menampung aspirasi yang timbul, tumbuh, dan berkembang dalam masyarakat. 1. Mengapresiasikan Sikap Terbuka dalam Kehidupan Berbangsa dan Bernegara Sikap terbuka penting untuk dilaksanakan dalam iklim demokrasi sekarang ini. Sikap terbuka ini akan mendukung proses demokratisasi di Malaysia, Dalam kehidupan berbangsa dan bernegara, sikap terbuka harus dilaksanakan oleh setiap warga negara, termasuklah pemerintah. Hal ini penting agar keterbukaan tidak hanya terjadi di lingkungan masyarakat, tetapi lebih jauh lagi keterbukaan harus juga berjalan dalam penyelenggaraan pemerintahan. Setiap penyelenggaraan pemerintahan harus dilakukan secara terbuka dan dapat dipantau oleh warga negara. Dengan dilakukannya hal ini maka kemungkinan ter

MAJLIS AKIKAH DAN BERZANZI JIRAN WANITA TAMAN MAKMUR KULAI

Image
Tarikh   :20-Januari-2017 (Jumaat) Masa     :7.45 malam Tempat : Rumah Ketua Kampung, Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian. Program berzanzi ini diadakan sempena menyambut cucu pertama Ketua Kampung (Tok Johari Bin Seman). Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua jiran wanita yang memberi sambutan yang amat menggalakkan. Sekian Terima Kasih

Mesyuarat KRT Bil. 1 (19-Januari-2017

Image
INTIPATI MESYUARAT KRT TAMAN MAKMUR BILANGAN 1 Kata-kata aluan pengerusi KRT 1. Menerangkan fungsi dan tugas Jawatankuasa Rukun Tetangga seperti yang termaktub dalam AKTA 751 (Akta Rukun Tetangga 2012) bagi memastikan Jawatankuasa Rukun Tetangga faham akan maksud yang terkandung didalamnya. 2. Mengingatkan Jawatankuasa Rukun Tetangga berkaitan media elektronik seperti 'Facebook', 'Whatsapp', 'WeeChat' dan sebagainya perlu digunakan secara berhemah dan tidak menyebarkan perkara-perkara yang boleh membawa konflik dan persengketaan dalam masyarakat. RT mempunyai saluran yang cukup dalam menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat setempat. 3. Membentangkan Takwim 2017 dalam melaksanakan program dengan lebih tersusun untuk manafaat penduduk Taman Makmur Kulai. 4. Mewujudkan Biro-Biro seperti di bawah;     a.  Biro Pendidikan – Latihan/IT/Media.                              Cik Rasmawati Binti Supian          b.  Biro Ekon

Program Yasin dan Tahlil (19-Jan-2017)

Image
PROGRAM YASIIN DAN TAHLIL DI SURAU AL-MAKMUR, TAMAN MAKMUR KULAI (19-JAN-2017) Program Yasiin dan Tahlil di Surau Al-Makmur, Taman Makmur Kulai telah berlangsung dengan jayanya. Program ini akan berlangsung secara berterusan pada setiap hari Jumaat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada; Tok Johari Bin Seman - Ketua Kampung, Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian Encik Shamsudin Bin Jamat - Pengerusi Surau Al-Makmur, Taman Makmur Kulai Semua AJK untuk semua pertubuhan yang ada di Taman Makmur Kulai kerana penglibatan anda semua menggambarkan PERPADUAN yang wujud di Taman Makmur. Sekian Terima Kasih.

PERBEZAAN ID, EGO DAN SUPEREGO

Image
Personaliti manusia dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesama individu lain. Banyak teori telah cuba menerangkan tentang personaliti individu manusia. Antaranya ialah Sigmund Freud dengan teori psikoanalitik. Mengikut Freud, minda manusia ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen yang signifikan id, ego dan superego yang bekerjasama dalam membentuk personaliti seseorang individu itu. ID   merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk keinginan manusia (serupa dengan nafsu), dan didorong oleh tenaga libido untuk memotivasikan tingkah lakunya.  Id juga dikatakan komponen biologi yang mementingkan keseronokan dan wujud sejak lahir. Selain itu, id dianggap sebagai satu elemen struktur semulajadi, satu elemen yang diwarisi dan sedia ada di dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah sedar dan ia merupakan satu tenaga yang primitive. I

SENARAI AJK KRT TAMAN MAKMUR SESI 2017~2018

Image
AJK KRT SESI 2017~2018

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1438H

Image
PROGRAM MAULIDUR RASUL 1438H, SURAU AL-MAKMUR TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1438H SURAU AL-MAKMUR, TAMAN MAKMUR, KULAI. Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.. Indah berbalam si awan petang, Berarak dicelah pepohon Ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. @ Assalamualaikum w.b.t.      Yang dihormati Tuan Haji Sulaiman Bin Maidin, Kadi Daerah Kulai, yang dihormati Tok Johari Bin Seman, Ketua Kampung Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian, yang berusaha Encik Shamsudin Bin Jamat, Pengerusi Surau Al-Makmur, Taman Makmur (Beliau menyampaikan salam takzim melalui pengacara majlis kerana beliau tidak dapat turut serta kerana terpaksa ke KL, menziarahi adik ipar yang kritikal di ICU) serta ahli jawatankuasanya dan para hadirin yang dirahmati Allah sekelian. @ Alhamdulillah, bers