PROGRAM MAULIDUR RASUL 1438H

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1438H, SURAU AL-MAKMUR




























TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1438H SURAU AL-MAKMUR, TAMAN MAKMUR, KULAI.
Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi..

Indah berbalam si awan petang,
Berarak dicelah pepohon Ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

@ Assalamualaikum w.b.t.      Yang dihormati Tuan Haji Sulaiman Bin Maidin, Kadi Daerah Kulai, yang dihormati Tok Johari Bin Seman, Ketua Kampung Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian, yang berusaha Encik Shamsudin Bin Jamat, Pengerusi Surau Al-Makmur, Taman Makmur (Beliau menyampaikan salam takzim melalui pengacara majlis kerana beliau tidak dapat turut serta kerana terpaksa ke KL, menziarahi adik ipar yang kritikal di ICU) serta ahli jawatankuasanya dan para hadirin yang dirahmati Allah sekelian.

@ Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

@ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada malam ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

@ Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis pada malam yang berbahagia ini akan dimulakan dengan Selawat yang akan diketuai oleh En Abdul Rahim bin Ismail, Majlis mempersilakan….

@ Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Rahim dan barisan AJK atas Selawat itu tadi.

@ Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak majlis menjemput dan mempersilakan Encik Irwin Bin Annur untuk membacakan doa. Dipersilakan.

 @Amiin Ya Rabbal a’lamin,Terima kasih diucapkan kepada Encik Irwin Bin Annur di atas bacaan Doa itu tadi…Semoga dengan bacaan Doa oleh beliau itu tadi, majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

@Untuk acara seterusnya, dijemput Tok Johari Bin Seman, Ketua Kampung Kampung Melayu Sengkang dan Rangkaian bagi menyampaikan ucapan alu- aluan. Majlis mempersilakan.

@Terima kasih diucapkan kepada Tok Johari Bin Seman di atas ucapan alu-aluan beliau itu tadi…

Tanpa melengahkan masa, marilah kita bersama-sama mendengar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang akan disampaikan oleh Tuan Haji Sulaiman Bin Maidin, Kadi Daerah Kulai. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

@ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Haji Sulaiman Bin Maidin di atas ceramah  yang telah disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar  dan panduan berguna daripada ceramah tersebut..

@ Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Shamsudin Bin Jamat, Pengerusi Surau Al-Makmur, Taman Makmur menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Sulaiman Bin Maidin. Majlis mempersilakan…

Hadirin dan hadirat sekalian, Sempurnalah sudah  majlis sambutan Maulidur Rasul Surau al-Makmur, Taman Makmur.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis ini. Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
Majlis malam ini selesailah sudah,
Jumpa lagi di lain kali….

Assamualaikum w.b.t

Comments

Popular posts from this blog

ENAM CARA KEKALKAN HUBUNGAN BAIK ANTARA JIRAN

SIKAP KETERBUKAAN DAN KEADILAN

PERBEZAAN ID, EGO DAN SUPEREGO