Posts

Showing posts from May, 2017

PROGRAM SELAWAT PERDANA TADIKA KEMAS

Image
Salam Perpaduan, Salam Permuafakatan, dan Salam Negaraku, Kami ucapkan tahniah kepada semua Jiran Wanita yang hadir ke Program Selawat Perdana di Tabika Kemas Taman Makmur pada 25hb Mei 2017. Kami amat bangga dengan cikgu yang mendidik anak-anak penduduk Taman Makmur dengan tiada rasa jemu menghadapi karenah anak-anak ini. Begitu juga kepada Pengerusi Kemas Taman Makmur iaitu Encik Daud Bin Husin yang banyak menyumbang tenaga dan idea dalam memajukan lagi Kemas Taman Makmur. Sekian Terima Kasih

MAJLIS YASIN DAN TAHLIL PERDANA KG. PERTANIAN 20-MEI-2017

Image
Salam Perpaduan, Salam Permuafakatan, dan Salam Negaraku. Tahniah kepada JPKRT dan AJK Masjid Kampung Pertanian yang telah berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya pada tarikh 20hb Mei 2017 (Sabtu). Ribuan terima kasih diucapkan pada Y. BHG YB Ali Mazat yang perihatin, sudi bersama-sama penduduk dalam mengimarahkan lagi majlis ini. Kepada jawatankuasa kerja, setinggi-tinggi tahniah untuk anda semua kerana dengan permuafakatan inilah menjadikan majlis ini sempurna. Sekian Terima Kasih

MAJLIS MUAFAKAT NEGARAKU NEGERI JOHOR 2017

Image
Salam Perpaduan, Salam Permuafakatan, dan Salam Negaraku. Majlis Muafakat Negaraku peringkat negeri Johor telah diadakan di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM Batu Pahat. Semua Pengerusi-pengerusi KRT seluruh negeri Johor telah di jemput. Tujuan majlis tersebut ialah bagi mengiktiraf Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (JPKRT) dengan menyampaikan sijil perlantikan untuk semua AHLI JPKRT. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg Encik Baharin Bin Idris, Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua AJK KRT dan penduduk Taman Makmur yang sentiasa memberi sokongan dalam memartabatkan KRT Taman Makmur. Sekian Terima Kasih

MAJLIS YASIN DAN TAHLIL 18hb MEI 2017

Image
Assalamualaikum wbth. Salam Perpaduan dan Salam Muafakat Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada penduduk Taman Makmur yang sentiasa memberi sokongan yang berterusan kepada program Yasin dan Tahlil ini. Sambutan yang makin bertambah terutama dikalangan Jiran Muda dan Tunas Jiran yang akan mewarisinya dimasa akan datang. Perdampingan sebegini amat penting dalam mengenali masyarakat taman dan secara tidak langsung memberi ruang kepada masyarakat meluahkan apa-apa perkara yang mungkin akan menjadi isu ataupun sudah menjadi isu secara senyap.  Kekuatan seseorang pemimpin masyarakat terletak pada penerimaan masyarakat di dalam sesuatu tempat yang di pimpin.  Setiap luahan harus diterima dengan hati yang terbuka, kerana setiap orang mempunyai hak-haknya yang perlu dihormati dan tugas pemimpin ialah dapatkan kesepakatan dalam menjaga keharmonian kawasan yang kita pimpin. Wallahuaklam....

MESYUARAT KRT TAMAN MAKMUR 16-MEI-2017

Image
Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam Muafakat. Bersyukur kehadrat Ilahi, pada hari ini dengan kekuatan, semangat dan sokongan AJK KRT dapat kita adakan mesyuarat KRT bagi membincangkan program Taman Makmur yang akan kita laksanakan dalam bulan Ramadan yang akan datang tidak berapa hari lagi. Kami amat berterima kasih kepada Tok Johari selaku ketua kampung Kampung Melayu Sengkang yang hadir untuk memberi sokongan penuh kepada KRT. Sebagai mukadimah, saya menyampaikan amanat daripada Ketua Pengarah JPNIN semasa di AGM Mediator Komuniti di Putrajaya. Beliau mohon kepada semua KRT menjalankan peranan sebagai ejen penyatuan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Sebarang sebaran perkara-perkara yang berbau perkauman, keagamaan atau pun apa sahaja perkara di media sosial yang boleh mengganggu gugat sensitiviti dalam masyarakat mesti dielakkan. Jika perkara-perkara sebegini berlaku, AJK KRT harus memainkan peranan dan bijak dalam menyekat info dari terus tersebar melalui

7 KUNCI KETENANGAN DIRI

Image
1. Jangan tergantung pada orang lain. Bergantunglah pada diri sendiri dan bersikaplah mandiri. Jangan bergantung pada orang lain, jangan hanya mengandaikan bantuan rakan-rakan dikeliling anda. Hanya Tuhan-lah satu-satunya zat dimana kamu dapat bergantung hidup. 2. Jangan berburuk sangka orang lain akan membicarakan/menghina anda. Berfikirlah positif, hal ini mungkin tidak menyelesaikan SEMUA masalah anda. Tapi dengan berbaik sangka ini AKAN mengusir sifat benci dalam diri anda dan kemudian anda dapat melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat. 3. Jangan selalu mengingat penyesalan di masa lalu. Ambilah hikmah positif di setiap peristiwa yang sedang anda jalani, jika anda tidak menemukan hikmah positif itu, ubahlah sudut pandang anda terhadap kehidupan ini sampai anda menemuinya. 4. Jangan menyimpan kemarahan, dendam, iri hati dan kebencian. Resepi ketenangan hati adalah jangan pernah menyimpan kebencian. Dendam itu bagaikan racun. Ia akan menguasai hidup anda. Sebelu